Firm Practice Areas Lawyers Careers Contact Us News
 

 
NOTIS PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

Notis Perlindungan Data Peribadi ("Notis") ini menerangkan bagaimana Michael Chai Ken (satu perkongsian yang diperbadankan di bawah undang-undang Malaysia dengan alamat perniagaannya di Level 5, Wisma Hong Leong, 18 Jalan Perak, 50450 Kuala Lumpur, Malaysia) ("Michael Chai Ken") menggunakan Data Peribadi anda.


Pengumpulan Data Peribadi:-

1.  "Data Peribadi" bermaksud maklumat mengenai anda, dari mana anda boleh dikenal pasti, termasuk tetapi tidak terhad kepada nama, alamat, nombor telefon, nombor faks, nombor kad pengenalan, nombor sijil kelahiran, nombor pasport, kewarganegaraan, pekerjaan anda, jawatan anda dalam syarikat anda, butir-butir syarikat, alamat e-mel, apa-apa maklumat mengenai anda, maklumat perbankan, butiran kad kredit, bangsa, jantina, tarikh lahir, status perkahwinan, status pemastautin, latar belakang pendidikan, latar belakang kewangan, kepentingan peribadi, yang anda berikan kepada Michael Chai Ken dalam borang pendaftaran, borang permohonan atau borang yang serupa bentuk dan/atau apa-apa maklumat mengenai anda yang telah atau mungkin dikumpul, disimpan, digunakan dan diproses oleh Michael Chai Ken dari semasa ke semasa dan termasuk data peribadi sensitif seperti data yang berkaitan dengan kesihatan, kepercayaan agama atau kepercayaan serupa.

 

2.   Sebagai tambahan kepada Data Peribadi yang anda berikan kepada Michael Chai Ken secara langsung (iaitu semasa anda berkomunikasi dengan Michael Chai Ken dan/atau apabila anda melantik Michael Chai Ken untuk memberi perkhidmatan), Michael Chai Ken juga mungkin mengutip Data Peribadi anda daripada pelbagai sumber, termasuk tetapi tidak terhad kepada sebarang acara, persidangan, seminar atau ceramah yang diatur atau ditaja oleh Michael Chai Ken dan/atau daripada cookies yang digunakan di Laman Web.

 

3.   Penyediaan Data Peribadi anda adalah secara sukarela. Walau bagaimanapun, jika anda tidak memberikan Michael Chai Ken Data Peribadi anda, Michael Chai Ken tidak akan dapat memproses Data Peribadi anda untuk Tujuan dan Lain-Lain Tujuan seperti yang disenaraikan di bawah.

 

4.   Jika anda seorang ejen, penjual, pembekal atau pembekal perkhidmatan, penyediaan Data Peribadi anda adalah wajib dan kegagalan untuk memberikan Data Peribadi anda, mungkin melanggar peruntukan undang-undang atau peraturan kawal selia yang berkenaan, dan boleh menyebabkan Michael Chai Ken tidak dapat menggaji anda untuk menyediakan perkhidmatan atau produk atau mengeluarkan bayaran kepada anda untuk produk atau perkhidmatan yang telah disediakan.

 


Tujuan Pemprosesan:-

5.    Michael Chai Ken mungkin menggunakan dan memproses Data Peribadi anda untuk perniagaan dan aktiviti-aktiviti Michael Chai Ken yang termasuk, tanpa had, tujuan-tujuan berikut ("Tujuan”):

(a)        untuk melaksanakan obligasi Michael Chai Ken berkenaan dengan sebarang kontrak yang dibuat dengan anda;

(b)        untuk menyediakan anda dengan perkhidmatan atau produk yang diminta anda;

(c)        untuk berhubung dengan anda;

(d)        untuk mengesahkan pengenalan anda bagi perkhidmatan yang diminta anda;

(e)        untuk menjawab soalan-soalan, komen dan maklum balas daripada anda;

(f)         untuk tujuan administrasi;

(g)        untuk memudahkan atau membolehkan mana-mana semakan yang dikehendaki oleh Michael Chai Ken untuk melibatkan diri anda atau untuk terlibat oleh anda;

(h)        untuk memberi maklumat kepada pihak berkuasa dan kerajaan untuk mematuhi dan memenuhi keperluan undang-undang dan kerajaan untuk menjawab soalan-soalan, komen dan maklum balas daripada anda;

(i)         untuk tujuan mengesan dan mencegah kemungkinan penipuan / salah nyata; dan

(j)         untuk Michael Chai Ken mematuhi obligasinya di bawah undang-undang;

 

dan anda bersetuju kepada Michael Chai Ken menggunakan dan memproses Data Peribadi anda untuk Tujuan dan mengikut cara yang seperti yang dikenal pasti dalam Notis ini.



Lain-Lain Tujuan:-

6.   Michael Chai Ken juga mungkin menggunakan dan memproses data anda untuk tujuan lain seperti : -  

(a)      Untuk menghantar bahan-bahan kepada anda seperti surat berita, artikel, penulisan serta pengemaskinian yang lain;

(b)       Untuk mengedar maklumat atau butir-butir acara, seminar, persidangan dan ceramah yang mungkin anda minati;

(c)        Untuk menghantar sebagai perujuk berpotensi kepada (i) editor/penyelidik di penerbitan dan jurnal undang-undang bertaraf; (ii) pelanggan-pelanggan berpotensi yang meminta perujuk untuk kerja terdahulu dalam Permohonan untuk Cadangan, tender, penyerahan; melalui e-mel atau mel.

 

7.   Jika anda tidak memberi persetujuan kepada Michael Chai Ken untuk memproses Data Peribadi anda sepertimana yang disebutkan di Perenggan 6, sila maklumkan Michael Chai Ken dengan menggunakan maklumat hubungan yang dinyatakan di Perenggan 10 di bawah.



Pemindahan Data Peribadi:-

8.   Data Peribadi anda mungkin dipindahkan, disimpan, digunakan dan diproses dalam bidang kuasa lain selain Malaysia, yang terletak di luar Malaysia dan/atau di mana pelayan Michael Chai Ken yang terletak di luar Malaysia bagi tujuan yang disebutkan di Perenggan 6(c). Anda memahami dan bersetuju kepada pemindahan Data Peribadi anda ke luar daripada Malaysia sebagaimana yang dinyatakan di dalam ini.



Pendedahan kepada Pihak Ketiga:-

9.   Maklumat Peribadi anda mungkin dipindahkan, diakses atau didedahkan kepada pihak ketiga bagi Tujuan dan Tujuan Tambahan. Selanjutnya, Michael Chai Ken mungkin melibatkan syarikat-syarikat lain, pembekal perkhidmatan atau individu untuk melaksanakan fungsi-fungsi bagi pihaknya, dan seterusnya mungkin memberikan akses atau mendedahkan Data Peribadi anda kepada pembekal perkhidmatan atau pihak ketiga tersebut. Pihak-pihak ketiga yang dimaksudkan dalam Seksyen ini termasuk (tanpa had) : -

 

(a)        Penyedia-penyedia perkhidmatan teknologi maklumat (IT);

(b)        Penyedia-penyedia perkhidmatan kemasukan data;

(c)        Penyedia-penyedia kemudahan simpanan;

(d)        Bank dan institusi kewangan;

(e)        Penyedia-penyedia insurans;

(f)         Sebarang penasihat profesional dan juruaudit luar;

(g)        Jabatan kawal selia dan kerajaan atau separuh kerajaan / badan di Malaysia dan negara-negara lain seperti Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Pejabat Tanah, Pejabat Pendaftaran Tanah, Mahkamah Undang-Undang, Pejabat Setem, Pejabat Pos, MYIPO dan sebagainya; dan

(h)        Pihak berkuasa kawal selia dan kerajaan bagi mematuhi syarat-syarat di bawah undang-undang dan kerajaan. 



Akses & Permintaan Pembetulan dan Pertanyaan:-

10. Tertakluk kepada sebarang pengecualian di bawah undang-undang yang diguna pakai, anda boleh pada bila-bila masa selepas ini memohon akses kepada,  atau untuk pembaikan dan pembetulan Data Peribadi anda atau menghadkan pemprosesan Data Peribadi anda, atau memohon maklumat lanjutdaripada Michael Chai Kendengan menghubungi:-

Office Administrator
Messrs Michael Chai Ken
LEVEL 5 WISMA HONG LEONG
18 JALAN PERAK
50450 KUALA LUMPUR
MALAYSIA 

TEL: +603 2166 8662
FAX: +603 2166 8661

EMAIL: mchai@mchaiken.com

 

11. Michael Chai Ken berhak untuk mengenakan bayaran untuk akses Data Peribadi anda dalam jumlah yang dibenarkan di bawah undang-undang.

 

12. Berkenaan dengan hak anda untuk mengakses dan/atau membetulkan Data Peribadi anda, Michael Chai Ken mempunyai hak untuk menolak permintaan anda untuk mengakses dan/atau membuat sebarang pembetulan terhadap Data Peribadi anda untuk sebab-sebab yang dibenarkan di bawah undang-undang, seperti di mana perbelanjaan menyediakan akses kepada anda adalah tidak seimbang dengan risiko atau privasi anda atau privasi orang lain.




Pengakuan dan Persetujuan:-

Dengan berkomunikasi dengan Michael Chai Ken, menggunakan perkhidmatan Michael Chai Ken, atau melalui perhubungan dan penggajian anda dengan Michael Chai Ken sama ada semasa acara, persidangan, seminar, ceramah atau sebaliknya, atau dengan menggunakan Laman Web Michael Chai Ken http://www.mchaiken.com (“Laman Web”), anda mengakui bahawa anda telah membaca dan memahami Notis ini dan bersetuju dengan penggunaan, pemprosesan dan pemindahan Data Peribadi anda oleh Michael Chai Ken seperti yang dinyatakan dalam Notis ini.

Michael Chai Ken mempunyai hak untuk mengubah suai, mengemas kini atau meminda terma-terma Notis ini pada bila-bila dengan meletakkan Notis yang telah dikemaskini pada Laman Web. Dengan terus berkomunikasi dengan Michael Chai Ken, dengan terus menggunakan perkhidmatan Michael Chai Ken, atau dengan perhubungan dan penggajian berterusan anda dengan Michael Chai Ken berikutan pengubahsuaian, pengemaskinian atau pindaan kepada Notis ini, tindakan tersebut akan menandakan penerimaan anda kepada apa-apa pengubahsuaian, pengemaskinian atau pindaan.

Sekiranya berlaku apa-apa percanggahan antara versi Bahasa Inggeris dan Bahasa lain, versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai.

 

 

      CONTACT US

 

Tel: +603 2166 8662 | Fax: +603 2166 8661 | Email: mchai@mchaiken.com

Firm   |   Practice Areas   |   Lawyers   |  Careers   |   Contact Us   |   News
Copyright 2014 - Michael Chai Ken